26 January 2013

Sedapkan hati sendiri


Kadang kadang tak faham dengan perasaan sendiri
Ditambah dengan masuk campur otak yang ligat berfikir
Itu yang membuat diri sendiri menjadi sensitif
Adakah itu hanya mainan perasaan dan otak ?
Adakah sengaja menimbulkan resah di minda dan jiwa ?
Cukup sempurnakah aku berbanding dengan yang dulu ?
Aku cukup buntu setiap kali ada perbezaan
Kalau dilihat dari mata kasar
Dulu lagi manis
Aku hanya perempuan yang alah biasa saja
Kalau dilihat dari mata halus
Hanya DIA yang mampu menilai
Terus terang aku benci bila kenangan dulu datang tiba-tiba
Konon-konon nak suruh jaga diri
Aku dah cukup pesan untuk dia
Tak perlu orang lain
Aku tahu tanggungjawab aku
Siapa salah ya ?
Dia atau Dia ?
Mengapa payah menghapus kenangan silam ?
Tengok aku
Segala kenangan silam dibakar
Segala social network di block
Apatah lagi nombor handphone
Tak perlu diganggu dan menganggu
Dah takdir bukan jodoh bersama
Tapi kenapa kenangan silam DIA terus ada ?
Ahhhh apa lagi yang bakal jadi
Di social network Facebook sudah terpampang sudah berpunya dan bahagia
Tetapi masih ada juga yang datang minta disayangi semula
Aku tak faham atau insan itu ?
Kadang termenung boleh menyebabkan kemalangan kerna memikirkan
Atau aku terlalu mengikutkan hati
Cemburu ?
Perlulah sebab setiap manusia ada perasaan itu
Lebih-lebih lagi berkaitan dengan kenangan lama
Adakah kenangan lama itu istimewa bagi DIA ?
Stop it Tiffany
Enough to think about that
Tiffany harus kuat
Walau besar mana pun halangan
Hadapi dengan senyuman walaupun hati berdarah
Abaikan darah yang mengalir
Ia akan pasti berhenti apabila sampai waktu nanti