07 December 2019

Perginya Mummy.


Assalamualaikum.

Bertahun lamanya tidak mencoretkan sesuatu disini. Hari ini, jiwa & hati sangat lemah. Lesu memikirkan apa yang ada disekeliling.

Kita mulakan kisah yang memberi kesan kepada aku sehingga sekarang.


Perginya Permaisuri.

- Mummy pergi tinggalkan aku buat selamanya pada tanggal 13 July 2017. Pada ketika itu, seperti nyawa ku tercabut sama. 1hari sebelum mummy pergi, kami berdua sempat sembang dalam phone. Pelbagai cerita dikongsikan. Sama-sama ketawa, sama-sama menangis, sama-sama membawang & banyak lagi. Sebelum aku menamatkan panggilan, aku sempat pesan untuk dia ke hospital untuk mendapat rawatan susulan berkaitan dengan Asthma. Gembiranya rasa hati bila dia bersungguh untuk buat check-up keesokkan harinya disebabkan aku yang suruh.

- Pagi 13 July 2017, daddy menunaikan permintaan aku untuk membawa mummy ke hospital tanpa ada bantahan dari mummy. Mummy cakap "anak aku nak aku sihat". Mungkin juga ajal sudah mendekat. Mungkin Tuhan memberikan hari semalam adalah hari terakhir aku berbual dengan mummy. Mummy jatuh dalam bilik air & tidak sedarkan diri. Daddy bergegas menghantar ke Hospital Besar Saratok. Dalam masa yang sama juga, Daddy kami adik beradik untuk siap bersedia dengan keadaan seterusnya. Kebetulan masa itu aku & suami dalam perjalanan ke Muzium Tekstil untuk meeting Retro Saloma. Tepat jam 10.50 pagi, kami suami isteri ditiba di perkarangan Muzium, daddy pun text kami memberitahu mummy sudah tiada.

- Dalam sedar, aku terjatuh & meraung menangis diperkarang parking Muzium. Suami menyambut & memapah aku masuk dalam kereta & cuba menenangkan aku yang hilang arah. Bak kata orang, yang dah pergi, biarkan pergi. Masih waras, aku izinkan suami teruskan meeting & aku sibuk menguruskan perjalanan pulang kami ke Saratok, Sarawak pada ketika itu. Airmata aku biarkan mengalir. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain menangis & menangis. Kakak & Abang di Terengganu sibuk sama untuk menguruskan perjalanan mereka untuk bersama aku & suami pulang ke pangkuan daddy yang patah rusuk kirinya.

- Penerbangan kami seawal 6 pagi ke Sibu dari KLIA 2. Kami 3 beradik berwajah sunggul berpelukkan membiaskan rasa sedih diatas kehilangan mummy. Jam 8 pagi kami semua tiba di Sibu & disambut oleh abang yang ketiga & terus pulang ke kampung. Dalam perjalanan itu, pelbagai rasa yang hadir. Sampainya kami dirumah panjang, Kakak orang pertama menerpa mummy di keranda, disusuli abang kedua. Aku ? masih belum kuat untuk melihat. Daddy orang pertama yang aku peluk & cium. Ini kali pertama aku melihat daddy menangis sekuatnya. Suami membantu aku bangun dalam lemah lutut untuk melihat mummy tidur tenang dalam keranda. Aku dakap keranda & menangis hiba. Melihat ketenangan raut wajah mummy dalam keranda membuat aku lagi sedih kerana, dia benar-benar sudah bersedia meninggalkan kami selamaya.

- mengikut adat orang Iban, mayat perlu dijaga 3 hari untuk kaum kerabat dalam melawat sebelum dia dikebumi. Ada yang datang dari KL, Kuching, Miri, Bintulu & Labuan. Semua yang datang, menangis sedih atas kehilangan. Banyak cerita yang dikongsikan tentang mummy. Mummy tidak lari dari gelak ketawa dia yang kuat & diwarisi aku sekarang. Kecantikkan dia pun aku & kakak tidak dapat tandingi.

- tibanya hari pengebumian. Jam 5.30 pagi, jenazah dimasukkan kedalam keranda & ada akan ditutup rapat. Pada waktu itu, sekali lagi kaki aku lemah tidak bermaya. Lutut rasa macam tercabut. Suami & anak-anak diberikan ruang untuk mencium mummy buat kali terakhir. Aku orang yang terakhir mencium mummy. Aku orang yang terakhir bersama  mummy. Rebahnya aku didepan pintu melihat keranda mummy diusung keluar dari pintu & dimasukkan kedalam lori & dihantarkan ke tempat pengebumian. Aku dipapah masuk oleh makcik-makcik aku & aku ditidurkan.

- petang selepas beberapa jam mummy dikebumikan, aku & kakak diizikan pergi ke kubur untuk menyalakan lilin. Sekali lagi, airmata kami beradik tumpah.

Masuk tahun ini, 2 tahun mummy pergi tingglkan aku & keluarga. Tenanglah wahai permaisuri. Jagalah kami dari jauh. Pimpinlah kami dari jauh. Belailah kami dari jauh.

Aku akan sentiasa merindukan mu.




18 December 2018

14 January 2016

Saya kembali….


Permulaan tahun 2016

Ingin kembali menulis.

28 February 2014

Detik Terakhir.





AKHIRNYA
HARI INI MERUPAKAN HARI TERAKHIR AKU BERKHIDMAT DI SCREENART STUDIO
SETAHUN LIMA BULAN
INI TEMPOH YANG AGAK LAMA UNTUK AKU SECARA PERIBADI DI ALAM PEKERJAAN
SUDAH TIBA MASANYA AKU MENGUNDUR DIRI DARI BIDANG INI
INILAH MASA UNTUK MENCARI PENGALAMAN BARU
TIPULAH KALAU TAK SEDIH

ROZANI KASSIM ALI :
SEORANG BOSS, MUMMY, DAN KAKAK
SEORANG YANG TEGAS, GARANG
TAPI
JAUH DI SUDUT HATI DIA ADA KELEMBUTAN YANG ORANG TAK NAMPAK
THANK YOU KAK, SEBAB BANYAK BERSABAR DENGAN TIFF.
TIFF TAK AKAN LUPA JASA AKAK PADA SAYA.
MUNGKIN KITA TAK GENG
TAPI SAYA SAYANG AKAK SANGAT.
TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERNA MEMBERI RUANG UNTUK SAYA BELAJAR.
DAN TERIMA KASIH SUDI MENGAMBIL SAYA SEBAHAGIAN KELUARGA SCREENART.

SUHAIMI ABD RAHMAN :
SEORANG BOSS,ABANG DAN BOYFRIEND
SEORANG YANG GARANG MACAM RIMAU
TAPI
DIA SANGAT ROMANTIK DAN LEMBUT HATI
DIALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA SAYA KE SCREENART
THANK YOU ABANG MIE (PANGGILAN MASA BELUM KAPEL DULU)
KERANA SUDI MENGAMBIL I BEKERJA DENGAN YOU
DAN TERIMA KASIH KERNA MEMBUAT I JATUH CINTA PADA YOU
WALAUPUN KITA TAK SEBULU DALAM KERJA
TAPI
I YAKIN KITA AKAN SEBULU DILUARAN KERJA
THANK YOU AGAIN KERNA MEMBAWA I KE DALAM BIDANG YANG PENUH WARNA.
LOVE YOU.

YUSNOR EF :
SEORANG BOSS, AYAH DAN PENDENGAR SETIA
SEORANG YANG BERUSIA JAUH DARI AKU
PANGKAT ATUK PUN BOLEH KOT
BANYAK MEMBERI NASIHAT DARI SEGI KERJAYA DAN KEHIDUPAN
KU MERUPAKAN SUPIR PERIBADI BELIAU
CELAH MANA DIA NAK PERGI
AKU GAGAHKAN DIRI
TAPI 
AKU ENJOY BILA DENGAN DIA
SIAPA NAK JAGA CIKGU LEPAS NI :(

NORHANA MD.NOOR (iok) :
SEORANG BOSS, KAKAK, DAN KAWAN
SEORANG YANG KELAKAR TAPI GARANG KEJAP KEJAP
TAPI
DIA SANGAT PERAMAH BILA KENAL
BIARPUN KAMI KENAL TAK LAMA
CUMA 5 BULAN LEBIH
TAPI KAMI SUDAH SEPERTI BERTAHUN BERKENALAN
DIALAH TEMAN BORAK, TEMAN MENGADU SAKIT
MASING MASING CONCERN BILA SIAPA TAK MAKAN UBAT
DAN 
AKU JUGA BERTANGGUNGJAWAB AKAN URUT BILA BADAN DIA SAKIT
I WILL MISS YOU iOK
RINDU GELAK, KONGSI CERITA DENGAN KAU
RINDU NAK TENGOK MUKA STRESS KAU
wuuuuaaaaaaa (tgh taip nak nangis)
JAGA DIRI KAU
JAGA MAKAN KAU
JAGA KESIHATAN KAU DEMI MAK BAPAK DAN KAWAN KAU.


FUHHH
BERAT RASA NAK PERGI
TAPI INI ADALAH KEPUTUSAN
GOOD BYE SCREENART STUDIO SDN.BHD
SEMOGA BERJAYA !

06 February 2014