22 July 2013

Latest.


Picture kami yang latest.
Lama tak post sebab ada masalah yang tertentu.
Ini picture puasa yang ke 12.
Berbuka di kedai Burger Deen Kelana di Lagoon Perdana Sunway.
Masih BAHAGIA.
Biasalah dugaan.

15 July 2013

Salam Ramadhan.


Ramadhan sudah masuk hari ke 5. Aku masih lagi gagah berpuasa atas dorongan DIA. Ini nak story pasal kejadian sebelum Ramadhan. Ahad minggu lalu, kami berdua dikejutkan berita mengenai kenazakkan Wak DIA iaitu bapa kepada BOYFRIEND ku. Dengan pantas kami berdua balik ke Pontian untuk menjenguk si bapa. Sungguh sedih melihat keadaan beliau. Ini kali pertama aku berjumpa dengan bapa kandung beliau. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Family boyfriend aku ni besar. Dia ada 2 keluarga. Satu di Pontian satu lagi di Batu Pahat. Berbalik dengan cerita bapa tadi, keadaan dia sangat uzur. Bak kata orang, dah tinggal tulang. Dah tak ada isi. Umur pun sudah menjangkau 111 tahun. Can you believe it ! Sekarang bapa dijaga oleh kakak tiri di Pontian (lupa nama kampung). Keadaan rumah si penjaga pun agak daif. Dengan ketiadaan elektrik, sumber air yang baik membuatkan kami agak risau. Bagaimana cara dia untuk menjaga si tua yang nazak itu ? Malas la nak masuk campur dalam urusan keluarga. Setiap keluarga ada masalah masing-masing.Kami mengambil keputusan untuk tidak bermalam disitu. Sebelum kami pulang ke Batu Pahat, kami singgah sebentar di rumah Abg Mail iaitu abang kandung boyfriend ku.Ini bukan kali pertama aku bertandang ke rumah Abg Mail. Ini merupakan kali kedua aku kesana.Selepas makan malam, kami berdua pulang ke Batu Pahat iaitu rumah mak angkat boyfriend. Batu Pahat lah tempat boyfriend dibesarkan oleh keluarga angkat beliau. Aku agak selesa berada di Batu Pahat. Jujur cakap, suasana agak tenang dan mendamaikan. Sejuk jangan cerita. Nak mandi pagi pun fikir banyak kali. Rumah papan mengingatkan rumah panjang di kampung. Rindu datang lagi. So kami mengambil keputusan untuk melepak di kampung selama 4 hari sekali gus menyambut 1st puasa bersama keluarganya di Batu Pahat. Tidak menjadi masalah untuk aku berpuasa. Sebab aku sudah pun biasa berpuasa. Al maklum, tak pernah lagi tak ada boyfriend melayu. hahaha. So aku tidak kekok untuk bangun sahur dan berbuka. Dalam masa yang sama juga, kami berdua menunggu khabar berita tentang si bapa. Sampai sekarang keadaan masih sama. Sekarang aku dibelenggu kerinduan kepada keluarga ku. Mereka jauh. Setiap kali aku pandang dia bersama keluarganya, aku merasakan sedikit cemburu. Kenapa ibu bapa aku jauh ketika aku perlukan mereka ? Adakah ini salah satu ujian untuk aku sebelum masuk gerbang perkahwinan yang memerlukan aku sentiasa bersama suami ? 

12 July 2013


percayalah
PERGIKU tanpa PESAN
HILANGKU tanpa JEJAK

04 July 2013

sepotong kata


bak kata Hafiz

" tinggalkan ku, perlahan-lahan ku terima. semakin ku sakit semakin kau bahagia.mengapakah, aku jadi lemah, sungguh ku tak sangka. dia membawa jantungku bersamamu "

Bahagiamu Deritaku.


tak berenggang langsung
tak lepas langsung
HANDPHONE
lepas tuh SENYUM
macam BERCINTA
sah !
nekad dah aku ni
penat dah layan
nak kuatkan hati
tapi jiwa dah luluh
makan hati
makan jiwa
tahanlah
harung je la TIFFANY
hadap 
tak mampu ?
" perlahan-lahan ku terima, semakin ku sakit, semakin kau bahagia "

03 July 2013

Dalam hati.

dalam hati sering rasa tak enak
naluri kuat mengatakan YA
tapi yakin ke ?
otak pula dipaksa untuk berfikir
walhal mungkin tiada apa yang berlaku
adakah perasaan saja yang mengusik
kadang tak faham
agak lama situasi ini tak berlaku
atau hormon wanita aku ini yang tidak stabil
tolonglah
jadikan aku seorang yang normal untuk memikirkan sesuatu
nyah kau negatif !
tolong berikan aku positif
sampai bila ni ?