20 March 2013

Engkaulah LELAKI itu...SUHAIMI


Engkau LELAKI itu
yang sentiasa setia mencintaiku

Engkau LELAKI itu
yang sentiasa bersamaku

Engkau LELAKI itu
yang gemar menemaniku

Engkau LELAKI itu 
yang suka memberi senyum tawaku

Engkau LELAKI itu
yang kerap membuat hatiku sakit

Engkau LELAKI itu
yang kerap membuat jiwaku parah

Engkau LELAKI itu 
yang gemar menyakitiku

biarpun apa jua Engkau LELAKI itu, engkau insan teristimewa dalam hidupku. jadikan aku sebahagian KAWAN, TEMAN, SAHABAT, MUSUH, KEKASIH dan ISTERI sepanjang hidupmu...JANJI !

Sang Penglipur Lara


Di senja hari
Ku meniti hari-hari sepi
Melangkah jauh sendiri
Dengan membawa harapan yang tinggi

Sudah puas ku mencari
Berhenti dihujung jalan yang sunyi
Lalu hujan turun membasahi bumi
Kaku sendiri

Aku hanya seorang penggembara
Datang ke desa bersama gitar tua
Berbekalkan iltizam bersama
Demi menyelesaikan sebuah cerita

Kisah tercipta bukan rekaan
Kisah ini belum ada kesudahan
Dilema antara cita-cita dan kemahuan
Bilakah akan ditemui jalan

Kekusutan yang belenggu diri
Kian meruncing hati
Antara cita-cita dan nasib diri
Masih buntu sepi

Datang seorang penglipur lara
Menjalani suka duka bersama
Tetapi harapan kita berbeza
Cuma satu matlamat yang sama

19 March 2013

Otak ligat 10minit...mampu ?


Terasa semakin jauh di pulau
terpisah di kaki langit dan nadi lautan
lalu yang terlintas di depan mata
pun menjauh, ternyata aku memang sendiri.

Justru itu, ketika berada di rimba hutan
atau di pergunungan tinggi,
di lautan teduh, tentu ada kedamaian.

Aku belagu
dan lagu ini, teman penglipur lara.

Dalam bait-bait lagu aku meresap dalam
setiap kata-kata.
Bagaimanapun aku tak akan berpaling!

Aku akan datang sampai ke halaman
dalam diam-diam 
saat kau sudah tak mengenalku.



17 March 2013

Fahamkan ?



PENGAKUAN !

ingin BEREHAT
ingin BERSANTAI
ingin TENANGKAN OTAK
tak faham lagi ?

NAK BERCUTI LA !
aduhhh

dah lama tak mengemas beg besar
dah lama tak pening fikir baju apa nak bawa
dah lama tak kelam kelibut pilih tempat
dah lama tak tidur HOTEL (motip !)
dah lama tak berjalan jauh
dah lama tak jadi pelancong
senang nak kabo

AKU RINDU NAK RASA PERASAAN ITU ! 

TOLONG BAWA AKU PERGI PLEASE.....

14 March 2013

DiamLAH !

SUARA untuk didengar
YA ! 
memang aku ingin BERSUARA
LANTANG dan JELAS
semua orang perlu bersuara demi mempertahankan hak


amboi !
baru sekarang nak mempertahankan hak ?!
kenapa tidak dari dulu
kenapa tidak dari awal mempersoalkan hak
sudah tak ada guna itu semua
SUARA kau tiada siapa mahu dengar
KELANTANGAN dan PENJELASAN pun sia-sia

lupakan hasrat saja.

13 March 2013

Maksud RINDU



Seronok DIA kembali memandu semula

Sekali lagi airmata kasih ku mengalir
Alangkah seronok jiwa
Melihat perubahan DIA
Harap DIA pulih sepenuhnya
Semakin hari semakin sihat
Semakin hari semakin banyak makannya
Semakin hari semakin lebar senyumannya
Semakin hari semakin kuat gelak ketawanya
Semakin hari semakin kuat suaranya
Semakin hari semakin gagah langkah kakinya
ITU YANG AKU RINDU SEBENARNYA

08 March 2013

Syukur !



Santai sangat posing KAU ya SAYANG :P


Thanks God because you give back his smile 


Please focus on your KAMBING sayang...no phone please !

Hello !
Last night we spend time untuk dinner sama-sama
DIA pun semakin hari semakin sihat
Tengok je la
Dah boleh makan KAMBING BAKAQ
I happy for you HUBBY
Semoga terus sihat selalu ya SAYANG
I pray for your health Hubby
Love you MOK 
Muahhhh

07 March 2013

First PICTURE we agree for DECLARE




" once upon a time when love was a bloom "

Cium aku lagi


Ciuman bukan kucupan?  
ada apa yang kamu beri itu,apa?  
Satu pergerakkan bibirmu yang hinggap di bibir ku?  
Satu motion separa sedar yang dipengaruh emosi?  
Satu irrelevant action,seperti katamu dulu?  
Satu tindakan spontan kerana aku,dituduhmu menggodamu?  
Aku hanya mampu memberi bibirku.  
Tidak mampu menimbulkan konklusi.  
Kerna ada saja yang mematahkan teoriku.  
Kerna aku selalu menjadi trigger.  
Aku disinonimkan dengan penyalah.  
Biar  
Biar resah ini menjadi milikku.  
Kerana sesungguhnya mencumbu mu,  
Menciummu,  
Mengkiss kamu,  
Adalah benda yang terlalu bererti untuk ku.  
Tanpa pengetahuanmu. 

Boleh Kau Baca ?

Ada Penipu.


di mana?


Dibelakangku.


Buat apa?


Mentertawakanku.


Lagi?


Menipuku!


Jadi?


Pergi shaja kepadanya!


untuk?


Mentertawakannya!


Dan?


Memeluknya kerana dia menipumu.


Kenapa?


Kerana dia sadar kamu penting untuknya,terus dia menipumu.


Atau kerna dia sedar kamu perlukannya.


Tetapi?


Jangan menipunya kembali.


Kerna?


Dia akan ditipu kembali.


Karma.

06 March 2013

TUHAN masih SAYANG




Thank GOD
Itu yang mampu aku lafazkan
Terima Kasih Tuhan kerana engkau mendengar setiap doaku
Engkau sembuhkan DIA sepertimana yang aku minta pada-Mu
Aku sangat syukur diatas kesihatan DIA yang semakin hari semakin pulih
Menitis airmataku melihat perubahan DIA
Airmata kegembiraan tidak dapat aku bendung
Kerna saat yang aku nantikan dari dulu semakin hampir dengan ku
Hampir 2 bulan DIA menderita akibat penyakit itu
Hampir 2 bulan juga aku bersama DIA mengharungi penderitaan itu
Hampir 2 bulan juga aku bertungkus lumus mencari penawar penyakit DIA
Pelbagai cara kami buat untuk menyembuhkan penyakit DIA
Tapi TUHAN tidak akan mungkir janji kepada HAMBA-nya
Selagi kita berusaha 
Selama itulah TUHAN sayang
Sekarang
DIA dalam proses penyembuhan
Semoga DIA pulih sediakala
LOVE YOU SUHAIMI