15 June 2012

Selamat Tinggal Dinar Holidays







Tamatlah sudah latihan industri aku selama 3 bulan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku lalui selama 3 bulan. Banyak pengalaman baru yang rempuh. Thank You Puan Aiza Osman selaku Manager dan merangkap pelatih yang tanpa jemu menjagar aku menjadi Tour Consultant yang bijak mengatur pakej. Besar jasa beliau sehingga aku tak mampu membalas. Begitu juga dengan Kak Yetti merupakan Executive Ticketing yang banyak control aku dari mula sampai habis. Terasa seperti keluarga sendiri oleh kerana usia Puan Aiza sebaya kakak sulung aku, dan Puan Aiza melayan aku seperti adik. En Saidinar Noor merupakan Director Manager juga seorang yang peramah dan senang untuk bekerja dengan beliau. Anak-anak mereka pun sudah ku anggap seperti anak-anak buah aku. Sekiranya ada rezeki mungkin aku akan kembali berkhidmat dengan DHSB. pape pun Thank You All :)

08 June 2012

Gawai 2012






Gawai 2012 tidak seperti tahun lepas. Kenapa aku berkata begitu kerana aku tidak keseorangan di Semenanjung. Abang-abang aku pun bergawai di semenanjung. Cuma mummy daddy yang pulang ke Sarawak. Tinggal kami beradik disini. So 31 May aku mengambil peluang untuk pulang ke Kemaman untuk bersama abang-abang ku. Almaklum lama tak balik kan. Tapi agak sedikit hampa sebab kebanyakkan masyarakat Iban di Kemaman balik kampung. Tapi aku still enjoy sebab aku dapat spend time with anak-anak buah aku yang aku rindu sangat. Aku juga sempat buat cak even tak ada sape yang datang kan. Just abang-abang aku je yang makan. Layan gambar je la ek.