![]() |
![]() |
Tamatlah sudah latihan industri aku selama 3 bulan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku lalui selama 3 bulan. Banyak pengalaman baru yang rempuh. Thank You Puan Aiza Osman selaku Manager dan merangkap pelatih yang tanpa jemu menjagar aku menjadi Tour Consultant yang bijak mengatur pakej. Besar jasa beliau sehingga aku tak mampu membalas. Begitu juga dengan Kak Yetti merupakan Executive Ticketing yang banyak control aku dari mula sampai habis. Terasa seperti keluarga sendiri oleh kerana usia Puan Aiza sebaya kakak sulung aku, dan Puan Aiza melayan aku seperti adik. En Saidinar Noor merupakan Director Manager juga seorang yang peramah dan senang untuk bekerja dengan beliau. Anak-anak mereka pun sudah ku anggap seperti anak-anak buah aku. Sekiranya ada rezeki mungkin aku akan kembali berkhidmat dengan DHSB. pape pun Thank You All :)

