07 December 2019

Perginya Mummy.


Assalamualaikum.

Bertahun lamanya tidak mencoretkan sesuatu disini. Hari ini, jiwa & hati sangat lemah. Lesu memikirkan apa yang ada disekeliling.

Kita mulakan kisah yang memberi kesan kepada aku sehingga sekarang.


Perginya Permaisuri.

- Mummy pergi tinggalkan aku buat selamanya pada tanggal 13 July 2017. Pada ketika itu, seperti nyawa ku tercabut sama. 1hari sebelum mummy pergi, kami berdua sempat sembang dalam phone. Pelbagai cerita dikongsikan. Sama-sama ketawa, sama-sama menangis, sama-sama membawang & banyak lagi. Sebelum aku menamatkan panggilan, aku sempat pesan untuk dia ke hospital untuk mendapat rawatan susulan berkaitan dengan Asthma. Gembiranya rasa hati bila dia bersungguh untuk buat check-up keesokkan harinya disebabkan aku yang suruh.

- Pagi 13 July 2017, daddy menunaikan permintaan aku untuk membawa mummy ke hospital tanpa ada bantahan dari mummy. Mummy cakap "anak aku nak aku sihat". Mungkin juga ajal sudah mendekat. Mungkin Tuhan memberikan hari semalam adalah hari terakhir aku berbual dengan mummy. Mummy jatuh dalam bilik air & tidak sedarkan diri. Daddy bergegas menghantar ke Hospital Besar Saratok. Dalam masa yang sama juga, Daddy kami adik beradik untuk siap bersedia dengan keadaan seterusnya. Kebetulan masa itu aku & suami dalam perjalanan ke Muzium Tekstil untuk meeting Retro Saloma. Tepat jam 10.50 pagi, kami suami isteri ditiba di perkarangan Muzium, daddy pun text kami memberitahu mummy sudah tiada.

- Dalam sedar, aku terjatuh & meraung menangis diperkarang parking Muzium. Suami menyambut & memapah aku masuk dalam kereta & cuba menenangkan aku yang hilang arah. Bak kata orang, yang dah pergi, biarkan pergi. Masih waras, aku izinkan suami teruskan meeting & aku sibuk menguruskan perjalanan pulang kami ke Saratok, Sarawak pada ketika itu. Airmata aku biarkan mengalir. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain menangis & menangis. Kakak & Abang di Terengganu sibuk sama untuk menguruskan perjalanan mereka untuk bersama aku & suami pulang ke pangkuan daddy yang patah rusuk kirinya.

- Penerbangan kami seawal 6 pagi ke Sibu dari KLIA 2. Kami 3 beradik berwajah sunggul berpelukkan membiaskan rasa sedih diatas kehilangan mummy. Jam 8 pagi kami semua tiba di Sibu & disambut oleh abang yang ketiga & terus pulang ke kampung. Dalam perjalanan itu, pelbagai rasa yang hadir. Sampainya kami dirumah panjang, Kakak orang pertama menerpa mummy di keranda, disusuli abang kedua. Aku ? masih belum kuat untuk melihat. Daddy orang pertama yang aku peluk & cium. Ini kali pertama aku melihat daddy menangis sekuatnya. Suami membantu aku bangun dalam lemah lutut untuk melihat mummy tidur tenang dalam keranda. Aku dakap keranda & menangis hiba. Melihat ketenangan raut wajah mummy dalam keranda membuat aku lagi sedih kerana, dia benar-benar sudah bersedia meninggalkan kami selamaya.

- mengikut adat orang Iban, mayat perlu dijaga 3 hari untuk kaum kerabat dalam melawat sebelum dia dikebumi. Ada yang datang dari KL, Kuching, Miri, Bintulu & Labuan. Semua yang datang, menangis sedih atas kehilangan. Banyak cerita yang dikongsikan tentang mummy. Mummy tidak lari dari gelak ketawa dia yang kuat & diwarisi aku sekarang. Kecantikkan dia pun aku & kakak tidak dapat tandingi.

- tibanya hari pengebumian. Jam 5.30 pagi, jenazah dimasukkan kedalam keranda & ada akan ditutup rapat. Pada waktu itu, sekali lagi kaki aku lemah tidak bermaya. Lutut rasa macam tercabut. Suami & anak-anak diberikan ruang untuk mencium mummy buat kali terakhir. Aku orang yang terakhir mencium mummy. Aku orang yang terakhir bersama  mummy. Rebahnya aku didepan pintu melihat keranda mummy diusung keluar dari pintu & dimasukkan kedalam lori & dihantarkan ke tempat pengebumian. Aku dipapah masuk oleh makcik-makcik aku & aku ditidurkan.

- petang selepas beberapa jam mummy dikebumikan, aku & kakak diizikan pergi ke kubur untuk menyalakan lilin. Sekali lagi, airmata kami beradik tumpah.

Masuk tahun ini, 2 tahun mummy pergi tingglkan aku & keluarga. Tenanglah wahai permaisuri. Jagalah kami dari jauh. Pimpinlah kami dari jauh. Belailah kami dari jauh.

Aku akan sentiasa merindukan mu.