27 November 2012

Dikalung Kasihan


Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lama

Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu
Menitis air mata

Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lama

10 October 2012

Taman Tasik Perdana

Haiiiiiii
lama tak berblog
bersawang blog aku nii
ni pic the latest aku selepas sebulan bekerjaya
time ni aku tengah recce tempat untuk shooting
oh ya
sebelum sangat terlupa
aku terlibat dengan beberapa projek
salah satunya
Aku Dia dan Lagu siri 2
so aku kena cari tempat untuk buat video clip
inilah salah satu lokasi kami nak pakai
pic ni di capture oleh Asst Director AddyKuala
so aku jadi bahan uji kaji dia
so layan la eh
penat la menaip sebab dah lama xmenaip






21 September 2012

Dunia Pekerjaan Ku Kini Bermula


Tanggal 17 September 2012 bermulalah kerjaya ku sebagai Production Manager di sebuah Production House di Kota Damansara iaitu Screenart Studio. Tak tahu nak tulis ape..........

16 September 2012

Melahar-lahar

 
Lunch sorang diri di Nando's at Paradigm Kelana Jaya...i like this picture so much 
Ni hasil tangkapan ku semasa melahar-lahar sorang diri di Paradigm...serius bag C&K banyak cantik-cantik...banyak pilihan yang menarik lagi tertarik kau memang bommmm !!!! so bulan ni tangkap yang ni dulu...bulan depan tangkap yang pulak ! So bag ni akan dirasmikan besok (17/09/2012) sebab esok start kerja with Screenart Studio di Kota Damansara :)

Best Friend Forever and Ever



Setiap tahun Kak Iena (pakai baju merah) akan buat open house raya. So kami akan dijemput hadir kerana kami adalah tetamu VVIP katanyeee. Setiap tahun jugak kami akan ada berpicture seperti di atas. Picture wajib katanyeeee. Masing-masing sudah ada target sendiri. Tahun depan ada 3 orang yang akan melangsungkan perkahwinan. Aku telah diamanahkan untuk menjadi pengapit. So turn aku lambat lagi. Lepaskan kakak-kakak dulu. Seen dari 2005 kami bersahabat. Walaupun jarang berjumpa dan bercerita tetapi hubungan kami tetap erat seperti 7 tahun yang lepas. Bagi aku, mereka adalah sahabat,teman dan kawan yang memahami aku. Mereka banyak menyokong membantah apa yang aku buat. Persahabatan kami tiada LALANG diantara satu sama lain. Tak puas hati, sila kemukakan. Kalau sedih sila luah sampai keluar airmata darah. Mungkin kami selesa dengan cara berkawan begini. Sehingga ke saat ini kami masih memerlukan satu sama lain. Always Love :)

12 August 2012

Baby Torch my Miss T


my new gadget BB Torch
tq Daddy ! 

21 July 2012

A B C











Persoalannya adalah :

KURUS KE ???!!!

02 July 2012

Ngiling Bidai 2012



















I'm Finish My Study Already

25 June 2012 adalah tarikh pembentangan report untuk Latihan Industri saya selama 3 bulan di Dinar Holidays. Semua berjalan dengan lancar. Gugup itu tak payah ceritalah. Kang cerita panjang pulak entry ni nanti. Seminggu sebelum pembentangan, saya agak stress sebab format-format utuk buat report agak menyusahkan. Atas bantuan teman seperjuangan, akhinya berjaya juga saya menyiapkan report dengan senang lenangnya. Sesudah tamatnya pembentangan Latihan Industri ini, maka dengan ini secara rasminya SAYA ADALAH SEORANG PENGANGGUR TERCANTIK DIMALAYSIA !

15 June 2012

Selamat Tinggal Dinar Holidays







Tamatlah sudah latihan industri aku selama 3 bulan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku lalui selama 3 bulan. Banyak pengalaman baru yang rempuh. Thank You Puan Aiza Osman selaku Manager dan merangkap pelatih yang tanpa jemu menjagar aku menjadi Tour Consultant yang bijak mengatur pakej. Besar jasa beliau sehingga aku tak mampu membalas. Begitu juga dengan Kak Yetti merupakan Executive Ticketing yang banyak control aku dari mula sampai habis. Terasa seperti keluarga sendiri oleh kerana usia Puan Aiza sebaya kakak sulung aku, dan Puan Aiza melayan aku seperti adik. En Saidinar Noor merupakan Director Manager juga seorang yang peramah dan senang untuk bekerja dengan beliau. Anak-anak mereka pun sudah ku anggap seperti anak-anak buah aku. Sekiranya ada rezeki mungkin aku akan kembali berkhidmat dengan DHSB. pape pun Thank You All :)