30 December 2013

Note 3


Tadaaaaaaaa
Finally aku dapat HP baru
BARU maknanya bukan second hand
1st hand okay
Thank you Hubby for the gift
Hadiah Package
Anniversary dan Xmas Gift
Suka dan terharu
Love you !

19 December 2013

Selamat Penganti Baru Fazlin a.k.a Noyo and Khairul Anuar.



Yeay. Finally kau dapat juga apa yang kau impikan. Semoga Khairul boleh jaga kau sebaik mungkin. Kenangan yang lepas jadikan pengajaran.Aku sebagai SAHABAT berdoa agar kau berbahagia selama-lamanya. Aku happy bila kau happy. Love both of you. Muah !

Dedayang. Aku pengapit pengantin. 


11 November 2013

Magic Touch Nick.



Cak !
Cantik tak ?
Hehe.
Baru sekarang aku berani untuk memendekan rambut ini.
Berminggu juga nak fikir nak potong pendek ke tidak.
Senekad yang boleh.
Akhirnya.
Inilah hasil dia.
Nick orang yang bertanggungjawab untuk jadikan rambut seperti ini.
Dia faham apa yang aku mahukan.
TAK NAK MUKA NAMPAK BULAT !
Nick terlebih dahulu buka ipad dia tunjuk fesyen baru yang sesuai.
Dia sangat memahami kehendak aku.
Thank You Nick from A Saloon.
Hubbies Mok pun suka.
So.
Yeay !

04 November 2013

Hadiah Pakej.


Hari tu.
Aku keluar membaling pancing.
Pasang satu niat untuk memancing seekor ikan.
Memandu Waja terus ke Sunway Pyramid.
Tanpa menoleh kiri kanan.
Aku terus ke G Factory.
Usha punya usha.
Umpan mengena.
Aku tarik joran pelan-pelan.
Aku berkenaan dengan ikan ini.
Harga sama dengan harga ikan Arwana.
Malas fikir banyak.
Aku pun tarik la joran ke atas.
Memandangkan belum ada hadiah birthday dan anniversary.
So ini hadiah pakej sekaligus.
Senang. Mudah.
Suka Mok ?
Happy Mok ?
Love You Hubbies Mok.
Muahhhhhhh.


28 October 2013

1st Anniversary ( 20 Oct 2012 - 20 Oct 2013 )



Hubbies,
 You know you are my best friend. 
You know that I'd do anything for you and my love
 Let nothing come between us. 
My love for you is strong and true.
One day a year to recognize 364 other days of putting up with me
 it doesn't seem fair. 
Thank you for working so hard and putting up with me.
Thank you for your love that you show me regularly. 
You are generous with your time, energy and forgiveness.

14 October 2013

Selamat Pengantin Baru Artaufit.


Selamat dah kau bro. Farah, Tiff tak ambil suami Farah. Itu hak farah sepenuhnya. Dulu kami pernah rapat. Tapi sekarang Farah kena jaga suami baik-baik. Jangan terlalu ikut perasaan muda. Tak manis sebab Farah dah cantik.







Selamat Pengantin Baru Artaufit
Artaufit ni dulu pernah menjadi insan paling rapat dengan aku
Tapi itu hanya kenangan
Hope kau kekal hingga ke akhir hayat
Tolong doakan kebahagiaan aku dengan orang yang aku sayang sekarang
Jaga isteri baik-baik
Kita tetap jadi kawan

07 October 2013

Happy Birthday.



Happy Birthday to my favorite boy
Suhaimi Abd Rahman
yang ke 35 tahun
Semoga dimurahkan rezeki
Dipanjangkan usia
Dipermudahkan segala hal
Semoga kita kekal dan sama-sama mendoakan terbaik untuk hubungan ini.
Love you more and more.
Baby dan family sayang Hubby !

11 September 2013

Laungkan Saja.

Bilang sama dia.
Aku masih disini

Bilang sama dia.
Aku masih punya cinta.

Bilang sama dia.
Aku masih punya rasa sayang.

Bilang sama dia.
Aku masih seperti aku yang dulu.

Bilang sama dia.
Aku masih ada punya rasa rindu.

Bilang sama dia.
Aku masih setia.

Bilang sama dia.
Aku masih teguh pada janji.

Tapi

Bilang sama dia.
Aku bahagia sekarang tanpa dia.

14 August 2013

Raya 2013








SELAMAT HARI RAYA !
Tahun ini tahun pertama KAMI beraya BERSAMA
Kalau nak tahu cerita
Tahun lepas
Si Dia ada post status di FB
kononnya tahun ni nak beraya bersama orang tersayang
akhirnya terlaksana impian DIA nak beraya dengan orang yang DIA sayang
so tahun depan beraya dengan status lain pula
so tahun ni beraya di Batu Pahat
berjumpalah sudah saya dengan makcik-makcik pakcik-pakcik dan sepupu sepapat DIA
nasib kepala diaorang okay saja


sepupu sepapat DIA ramai PEREMPUAN
boleh geng
kepala mereng sama seperti saya



ini yang saya idamkan dipagi Syawal yang indah
SYUKUR
aku berterima kasih dengan kebahagiaan yang DIA cipta






02 August 2013

Hurt.


PAIN
make people
CHANGE

22 July 2013

Latest.


Picture kami yang latest.
Lama tak post sebab ada masalah yang tertentu.
Ini picture puasa yang ke 12.
Berbuka di kedai Burger Deen Kelana di Lagoon Perdana Sunway.
Masih BAHAGIA.
Biasalah dugaan.

15 July 2013

Salam Ramadhan.


Ramadhan sudah masuk hari ke 5. Aku masih lagi gagah berpuasa atas dorongan DIA. Ini nak story pasal kejadian sebelum Ramadhan. Ahad minggu lalu, kami berdua dikejutkan berita mengenai kenazakkan Wak DIA iaitu bapa kepada BOYFRIEND ku. Dengan pantas kami berdua balik ke Pontian untuk menjenguk si bapa. Sungguh sedih melihat keadaan beliau. Ini kali pertama aku berjumpa dengan bapa kandung beliau. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Family boyfriend aku ni besar. Dia ada 2 keluarga. Satu di Pontian satu lagi di Batu Pahat. Berbalik dengan cerita bapa tadi, keadaan dia sangat uzur. Bak kata orang, dah tinggal tulang. Dah tak ada isi. Umur pun sudah menjangkau 111 tahun. Can you believe it ! Sekarang bapa dijaga oleh kakak tiri di Pontian (lupa nama kampung). Keadaan rumah si penjaga pun agak daif. Dengan ketiadaan elektrik, sumber air yang baik membuatkan kami agak risau. Bagaimana cara dia untuk menjaga si tua yang nazak itu ? Malas la nak masuk campur dalam urusan keluarga. Setiap keluarga ada masalah masing-masing.Kami mengambil keputusan untuk tidak bermalam disitu. Sebelum kami pulang ke Batu Pahat, kami singgah sebentar di rumah Abg Mail iaitu abang kandung boyfriend ku.Ini bukan kali pertama aku bertandang ke rumah Abg Mail. Ini merupakan kali kedua aku kesana.Selepas makan malam, kami berdua pulang ke Batu Pahat iaitu rumah mak angkat boyfriend. Batu Pahat lah tempat boyfriend dibesarkan oleh keluarga angkat beliau. Aku agak selesa berada di Batu Pahat. Jujur cakap, suasana agak tenang dan mendamaikan. Sejuk jangan cerita. Nak mandi pagi pun fikir banyak kali. Rumah papan mengingatkan rumah panjang di kampung. Rindu datang lagi. So kami mengambil keputusan untuk melepak di kampung selama 4 hari sekali gus menyambut 1st puasa bersama keluarganya di Batu Pahat. Tidak menjadi masalah untuk aku berpuasa. Sebab aku sudah pun biasa berpuasa. Al maklum, tak pernah lagi tak ada boyfriend melayu. hahaha. So aku tidak kekok untuk bangun sahur dan berbuka. Dalam masa yang sama juga, kami berdua menunggu khabar berita tentang si bapa. Sampai sekarang keadaan masih sama. Sekarang aku dibelenggu kerinduan kepada keluarga ku. Mereka jauh. Setiap kali aku pandang dia bersama keluarganya, aku merasakan sedikit cemburu. Kenapa ibu bapa aku jauh ketika aku perlukan mereka ? Adakah ini salah satu ujian untuk aku sebelum masuk gerbang perkahwinan yang memerlukan aku sentiasa bersama suami ? 

12 July 2013


percayalah
PERGIKU tanpa PESAN
HILANGKU tanpa JEJAK

04 July 2013

sepotong kata


bak kata Hafiz

" tinggalkan ku, perlahan-lahan ku terima. semakin ku sakit semakin kau bahagia.mengapakah, aku jadi lemah, sungguh ku tak sangka. dia membawa jantungku bersamamu "

Bahagiamu Deritaku.


tak berenggang langsung
tak lepas langsung
HANDPHONE
lepas tuh SENYUM
macam BERCINTA
sah !
nekad dah aku ni
penat dah layan
nak kuatkan hati
tapi jiwa dah luluh
makan hati
makan jiwa
tahanlah
harung je la TIFFANY
hadap 
tak mampu ?
" perlahan-lahan ku terima, semakin ku sakit, semakin kau bahagia "

03 July 2013

Dalam hati.

dalam hati sering rasa tak enak
naluri kuat mengatakan YA
tapi yakin ke ?
otak pula dipaksa untuk berfikir
walhal mungkin tiada apa yang berlaku
adakah perasaan saja yang mengusik
kadang tak faham
agak lama situasi ini tak berlaku
atau hormon wanita aku ini yang tidak stabil
tolonglah
jadikan aku seorang yang normal untuk memikirkan sesuatu
nyah kau negatif !
tolong berikan aku positif
sampai bila ni ?

14 May 2013

Hari Berjubah Biru. Tahniah !

Hai all. Lama tak update. Lately ni busy sikit. Tengah kelam kelibut prepare untuk shoot drama untuk TVi iaitu Pujangga Budiman. Dalam kesibukkan itu, saya sempat lari 2 hari iaitu cuti untuk BERJUBAH BIRU sekejap. Masa yang ditunggu telah pun tiba. Dengan terujanya Mummy Daddy dan semua turun untuk meraikan saya. Si kekasih hati seperti biasa sibuk dengan kerja. Malas nak komen panjang. So people, layan saja picture yang ada ini.


Muka dipagi hari. Jam 7 kami dah terpacak di MSU.

My Mummy.

Anak Daddy.

Ini hadiah sempena Hari Ibu 2013.

Tulang Belakang. Tulang Rusuk tak datang.

Yeay ! Akhirnya. Saya berjaya.

SAHABAT. 

Thank you for coming monyet.

Thank you for coming Jieha.

19 April 2013

Happy 26 years old Lady Tiffany Wilson ( 15 April )






Aku bukan gadis yang suka akan perhiasan. Aku tak ada koleksi peribadi yang banyak setakat ini. Tetapi ini merupakan hadiah yang sangat ternilai la bagi aku. Nak menangis depan cina yang jual tadi segan sebab terlalu teruja. Ini pemberian. Ini hadiah. Ini ikhlas. Dia bilang " hanya itu yang mampu dia beri " bagi aku, pemberian ini sangat bernilai. Tak dapat diungkap dengan kata cuma dapat merasa saja. Rasa itu biar aku dan dia saja rasa. Terima kasih wahai sang pencinta. Akan aku jaga sepertimana aku menjaga diriku untuk kamu miliki. Love you more and more Suhaimi Abd Rahman



Bukan satu tahun tapi 26 tahun. Bernafas lega dengan umur itu. 

Kahwin? 

Ya ramai yang mendoakan. 

Semoga termakbul iye. Doa kalian amat ku hargai.









12 April 2013

Macam....


Akhirnya
Saat yang ditunggu oleh ahli keluarga
Aku ?
Macam tak excited pula
Tak gembira pun ada
Macam-macam la kau Tiffany
Apa tak kena dengan kau hah ?!
Happy la wei 
Kesian mummy daddy la
Please Tiffany
Happy sikit girl 

09 April 2013

Keputusan.


" biar kita berpisah dari merana "

Berhenti.


berhenti untuk BERCINTA ?

berhenti untuk MERINDU ?

berhenti untuk MENYAYANGI ?

berhenti untuk BERSABAR ?

berhenti untuk SEMUANYA ?

sampai bila harus begini

dimana letaknya KEJUJURAN

susah sangat ke nak BERUBAH

perlu sangat ke 2 3 orang dalam HIDUP

tak cukup sangat ke 1 orang dalam HIDUP

kenapa perlu mencari bahan lain untuk merawat KEBOSANAN

atau diri ini yang MEMBOSANKAN ?

cakap kalau diri ini sangat MEMBOSAKAN

so tak perlu fikir panjang lagi untuk diri ini BERHENTI setakat ini

** WECHAT ** punca semuanya !

luruh jantung bila baca

04 April 2013

Lagi DEMAM Pandora !


Sampai DEMAM dibuatnya
Sampai tak lena tidur dikerjanya
Walaupun bukan emas tapi ia sangat aku minat
siapa nak tolong belikan untuk saya ?

03 April 2013

Mengalahkan orang mengandung


Mengidam Pandora
Boleh kan ?
Nak satu je
Untuk koleksi
Hadiah birthday yang ke 26
Boleh kan ?

01 April 2013

Holla April


Birthday is coming soon
Need present 
Need cake
Need candle light dinner
Need surprise celebration 
Can ?

20 March 2013

Engkaulah LELAKI itu...SUHAIMI


Engkau LELAKI itu
yang sentiasa setia mencintaiku

Engkau LELAKI itu
yang sentiasa bersamaku

Engkau LELAKI itu
yang gemar menemaniku

Engkau LELAKI itu 
yang suka memberi senyum tawaku

Engkau LELAKI itu
yang kerap membuat hatiku sakit

Engkau LELAKI itu
yang kerap membuat jiwaku parah

Engkau LELAKI itu 
yang gemar menyakitiku

biarpun apa jua Engkau LELAKI itu, engkau insan teristimewa dalam hidupku. jadikan aku sebahagian KAWAN, TEMAN, SAHABAT, MUSUH, KEKASIH dan ISTERI sepanjang hidupmu...JANJI !

Sang Penglipur Lara


Di senja hari
Ku meniti hari-hari sepi
Melangkah jauh sendiri
Dengan membawa harapan yang tinggi

Sudah puas ku mencari
Berhenti dihujung jalan yang sunyi
Lalu hujan turun membasahi bumi
Kaku sendiri

Aku hanya seorang penggembara
Datang ke desa bersama gitar tua
Berbekalkan iltizam bersama
Demi menyelesaikan sebuah cerita

Kisah tercipta bukan rekaan
Kisah ini belum ada kesudahan
Dilema antara cita-cita dan kemahuan
Bilakah akan ditemui jalan

Kekusutan yang belenggu diri
Kian meruncing hati
Antara cita-cita dan nasib diri
Masih buntu sepi

Datang seorang penglipur lara
Menjalani suka duka bersama
Tetapi harapan kita berbeza
Cuma satu matlamat yang sama

19 March 2013

Otak ligat 10minit...mampu ?


Terasa semakin jauh di pulau
terpisah di kaki langit dan nadi lautan
lalu yang terlintas di depan mata
pun menjauh, ternyata aku memang sendiri.

Justru itu, ketika berada di rimba hutan
atau di pergunungan tinggi,
di lautan teduh, tentu ada kedamaian.

Aku belagu
dan lagu ini, teman penglipur lara.

Dalam bait-bait lagu aku meresap dalam
setiap kata-kata.
Bagaimanapun aku tak akan berpaling!

Aku akan datang sampai ke halaman
dalam diam-diam 
saat kau sudah tak mengenalku.



17 March 2013

Fahamkan ?



PENGAKUAN !

ingin BEREHAT
ingin BERSANTAI
ingin TENANGKAN OTAK
tak faham lagi ?

NAK BERCUTI LA !
aduhhh

dah lama tak mengemas beg besar
dah lama tak pening fikir baju apa nak bawa
dah lama tak kelam kelibut pilih tempat
dah lama tak tidur HOTEL (motip !)
dah lama tak berjalan jauh
dah lama tak jadi pelancong
senang nak kabo

AKU RINDU NAK RASA PERASAAN ITU ! 

TOLONG BAWA AKU PERGI PLEASE.....

14 March 2013

DiamLAH !

SUARA untuk didengar
YA ! 
memang aku ingin BERSUARA
LANTANG dan JELAS
semua orang perlu bersuara demi mempertahankan hak


amboi !
baru sekarang nak mempertahankan hak ?!
kenapa tidak dari dulu
kenapa tidak dari awal mempersoalkan hak
sudah tak ada guna itu semua
SUARA kau tiada siapa mahu dengar
KELANTANGAN dan PENJELASAN pun sia-sia

lupakan hasrat saja.

13 March 2013

Maksud RINDU



Seronok DIA kembali memandu semula

Sekali lagi airmata kasih ku mengalir
Alangkah seronok jiwa
Melihat perubahan DIA
Harap DIA pulih sepenuhnya
Semakin hari semakin sihat
Semakin hari semakin banyak makannya
Semakin hari semakin lebar senyumannya
Semakin hari semakin kuat gelak ketawanya
Semakin hari semakin kuat suaranya
Semakin hari semakin gagah langkah kakinya
ITU YANG AKU RINDU SEBENARNYA

08 March 2013

Syukur !



Santai sangat posing KAU ya SAYANG :P


Thanks God because you give back his smile 


Please focus on your KAMBING sayang...no phone please !

Hello !
Last night we spend time untuk dinner sama-sama
DIA pun semakin hari semakin sihat
Tengok je la
Dah boleh makan KAMBING BAKAQ
I happy for you HUBBY
Semoga terus sihat selalu ya SAYANG
I pray for your health Hubby
Love you MOK 
Muahhhh

07 March 2013

First PICTURE we agree for DECLARE




" once upon a time when love was a bloom "

Cium aku lagi


Ciuman bukan kucupan?  
ada apa yang kamu beri itu,apa?  
Satu pergerakkan bibirmu yang hinggap di bibir ku?  
Satu motion separa sedar yang dipengaruh emosi?  
Satu irrelevant action,seperti katamu dulu?  
Satu tindakan spontan kerana aku,dituduhmu menggodamu?  
Aku hanya mampu memberi bibirku.  
Tidak mampu menimbulkan konklusi.  
Kerna ada saja yang mematahkan teoriku.  
Kerna aku selalu menjadi trigger.  
Aku disinonimkan dengan penyalah.  
Biar  
Biar resah ini menjadi milikku.  
Kerana sesungguhnya mencumbu mu,  
Menciummu,  
Mengkiss kamu,  
Adalah benda yang terlalu bererti untuk ku.  
Tanpa pengetahuanmu. 

Boleh Kau Baca ?

Ada Penipu.


di mana?


Dibelakangku.


Buat apa?


Mentertawakanku.


Lagi?


Menipuku!


Jadi?


Pergi shaja kepadanya!


untuk?


Mentertawakannya!


Dan?


Memeluknya kerana dia menipumu.


Kenapa?


Kerana dia sadar kamu penting untuknya,terus dia menipumu.


Atau kerna dia sedar kamu perlukannya.


Tetapi?


Jangan menipunya kembali.


Kerna?


Dia akan ditipu kembali.


Karma.