24 October 2010

Feeling Feeling cuci-cuci PINGGAN MANGKUK

agak aneh dan pelik tajuk post aku kaly ney....tgh basuh pinggan pun ley feeling-feeling kan...pelik benar jew....entah apa yang aku pikir kan...selama aku duduk di shah alam seorang diri without family,semua benda aku buat sendiri...basuh pinggan,kemas rumah,cuci baju,masak,kemas itu ini...pendek kata semua kerja suri rumahtangga semua aku buat....mcm da partime da aku rasa...hehehe....da hampir 5 tahun aku mengharungi kehidupan sendiri di kota besar yang penuh dugaan dan cabaran ini...semua benda aku buat sendiri dan harung sendiri....sebelum ini aku mengaku yang aku begitu bergantung dengan keluarga ku...semua aku letakkan pada bahu mereka....sehinggakan masak pun aku xreti apatah lagy nux kemas rumah semua....adew hikmah juga la aku hidup berdikari kat sini...walaupun selama 5 tahun aku kat negeri orang,aku tetap adew teman yang sanggup bersama ku...salah seorang nyew ialah Charming laaa....yang laen tuh biar aku dan orang tuh jew taw....now mummy pun da xrisau psl aku kat sini...aku da boleh berdikari sendiri...cuma yang mereka risau if aku drive sowg2...mana xrisau kalau anak pompuan dowg apa-apa kat jalan raya tuh....sapa tak sayang anak kann...hehe...pape pun tanx sgt-sgt pd mereka kerana telah memberi kepercayaan walaupun tidak sepenuhnya pada aku...love you all :)

23 October 2010

Ku Mahu Kau Tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

24 Ciri-ciri orang yang Mencintai Kamu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

22 October 2010

Kalau LELAKI dah sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

do you know that i love you ?
i probably already told you
but
i'm going to keep saying it
there are no lies in these words
not one bit.
your smile keeps me alive.
it is one more reason to keep fighting.
i would give you my soul for comfort
even if it leaves me dark and cold.
and and
when i hold you close
i can feel your heart beat fast
and i think to myself ...
i found that "someone" at last :)
sangat berminat dengan nama ALTHEA yang dalam bahasa greek bermaksud PENYEMBUH

Di Mana Kan Kucari Ganti MTV

HOBBY BARU KU

hahahaha...gelak dulu baru kuar kan idea...huhu....lately ney aku rajin masak...entah kenapa masak boleh menjadi satu hobi bagi ku...mcm seronok jew masak ney...atas dorongan dan sokongan Charming,aku beranikan diri utk masak utk diew....walaupun aku masak pakai buku,tetapi diew tetap still bantu apa yang patut...1st masakan aku AYAM MASAK LEMAK CILI API....wow...garang jew bunyi nyew kannn...owg kata bkn calang-calang org ley msk masakan ney tp aku beranikan diri utk cube resipi ney....akhirnya aku BERJAYA !!!!!!! hahahaha....lega aku Charming ley mkn dgn abes...hehehe....2nd masakan aku adalah AYAM MASAK KICAP....yg ney agak masin sedikit sbb terlebey kicap pekat kot...pape pun Charming tetap smile owez...huhu...LOVE YOU LAH CHARMING !!!

21 October 2010

Luka

setiap percintaan harus adew LUKA nyew tetapi kita xtahu bila LUKA itu terhiris...disaat bahagia kita boleh terLUKA....disaat mengecap kemuncak cinta kita boleh terhiris jiwa...dasyatkan keLUKAan itu datang !!

20 October 2010



hujan lebat turun disertai guruh dan petir...begitulah perasaanku yang berkecamuk seperti kilat sambung menyambung...gundah gulana rasa jiwa mengenangkan nasib yang menimpa diri...sungguh kuat pukulan ombak yang menghempas pantai....sungguh deras air hujan membasahi bumi....begitulah la laju nya airmata ku membasahi pipi....berlegar-legar fikiran ku memikirkan yang terjadi...apa yang ingin aku kesali...ini sudah menimpa diri....hanya dorongan dan sokongan yang perlu diberi...semoga terjaga maruah diri....

Kenangan :)






♥♥♥ fuhh...berzaman aku tinggalkan zaman persekolahan aku...baru-baru ney aku terjumpa pic-pic lama tyme aku sekolah dulu...laen benor rupe aku ek....dulu kan KURUS...now da GEMOK....cane tuh....pape pun KENANGAN SANGAT MENGUSIK JIWA ♥♥♥

Cuty Semester and Mummy Birthday







♥♥♥ minggu lepas 8/10/10 aku mengambil peluang utk bersua muka dgn family yang aku rindui...plan just 3 4 ary jew...alih-alih 1 week aku kat kg halaman...ingat mumu emu nux berkonvoi dgn aku tetapi xjady...so aku balik shah alam sowg-sowg jew...lgypun 15/10/10 birthday mummy so aku kena celebrate birthday diew dulu baru gerak balik....anyway HAPPY BIRTHDAY MUMMY !! ♥♥♥

05 October 2010

Nurul Ain and Mohd Dasuki Wedding





♥♥♥ sabtu 2/10/10 sowg lagi kawan aku melangkah ke alam perkahwinan...Nurul Ain...kawan aku dari sem 2 masa DPG...until now kteowg still kwn...now diew da kawen dgn kekasih aty diew Dasuki...lama gak dowg kapel...makan tahun juga...so,tahniah aien...semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa....sayang ko yunk...muah3....hug !!! ♥♥♥

03 October 2010

Teratak Puan Husdha





♥♥♥ jumaat 1/10/10 aku dan rakan-rakan kelas RO berkesempatan melawat Teratak Puan Husdha di Puncak Perdana...aku gile skew dgn umah puan...haha...so puan dan suami (pak tam) menjamu kami dengan laksa penang,satay dan banyak lagi...anyway tanx puan !!!! sayang puan dan pak tam ♥♥♥