24 October 2009

Ketabahan seorang gadis....

hmm...bagaimana harus aku mulakan...aku mengenali mereka selepas aku berkenalan dengan kekaksih ku Rezza...kira nya baru 4 bulan aku mengenali mereka dan pelbagai suka duka yang aku lihat sepanjang perkenalan kami...bermulanya pada raya tahun ini...aku mengenali gadis ini lebih rapat bila kami mempunyai persamaan dari segi mulut kecoh...gadis ini bagi aku xsukar untuk dikenali kerana dia memang peramah orang nya...happy good lucky...periang...suke ketawa dan yang paling aku suke cara dia bercakap...mulut dia agak becok sikit tp dia bagi aku memang perfect....aku slut dia coz dia seorang yang tabah menempuhi segala rintangan yang mendatang...dia juga mempunyai sifat yang sabar dan suke menolong orang...mungkin sifat dia patut dicontohi pada semua anak-anak kerana dia tabah menjaga seorang ibu yang mempunyai sakit misteri...selama setahun dia mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran,tiada sebarang rungutan atau keluahan menjaga ibu yang sedang sakit...gadis ini juga baru saja mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang bagi aku seorang yang agak lembut dari segi percakapan...tapi mungkin aku belum mengenali putera hati gadis ini lebih dekat....selama mereka dalam alam pertunangan...gadis ini tidak lari dari masalah...pelbagai masalah yang mendatang tetapi aku yakin dia seorang yang tabah dan cekal bila berhadapan dengan masalah...HIDAYAH HASHIM a.k.a DAIA adalah gadis yang aku maksudkan...bakal kakak ipar kepada kekasih ku Rezza...kak...tiff bangga dengan akak...akak seorang yang tabah sangat bila berhadapan dengan masalah....akak tak mudah melatah bila berhadapan dengan masalah...malah akak boleh lagi tersenyum tetapi siapa tahu isi hati akak yang mungkin bagi tiff sudah tercalar dan mungkin juga sudah tercarik sikit demi sedikit....doa tiff pada akak semoga perkahwinan yang akan menjelang tak lama lagi akan berkekalan sampai ke akhir hayat...dan tiff juga mohon semoga persahabatan kita kekal sampai nafas terakhir...pada Aunty Hasnah and Uncle Hashim...tiff doakan semoga aunty dan uncle tabah dan cekal sepertimana puteri aunty dan uncle mengharungi rintangan yang menduga...kepada Putera hati akak Shahnorizal a.k.a abg anor...jaga akak daia sepertimana abg menjaga maruah abg dan maruah keluarga abg...make ur angel smile always and make she happy be with you...



22 October 2009

25 Ikhtiar dapatkan Si Dia Kembali Tanpa Jatuhkan Maruah

  1. harus berpegang pada janji untuk berubah
  2. percaya kata hatimu
  3. cairkan hatinya
  4. ketahui kelebihan dan kelemahan kamu
  5. jual mahal, helah wanita
  6. hargai pemberiannya
  7. pamerkan kekuatan akalmu
  8. kekalkan perhubungan baik dengan keluarga si dia
  9. ingatan itu manis
  10. lupakan kisah lama
  11. biar dia rasa kehilanganmu
  12. dia masih penting waktu kamu kesusahan
  13. aktivitimu kini hobiku
  14. masa untuk makeover
  15. tak salah jadi 'spy leman'
  16. kawal emosi
  17. berubah menjadi insan lebih baik
  18. libatkan dia dalam agenda hidupmu
  19. kenangi saat indah
  20. buat si dia cemburu
  21. dari kerana mata
  22. yakinkan dia bahawa dia adalah 'The Chosen One'
  23. buang sikap mengongkong
  24. pendengar setia
  25. bersihkan dan murnikan hatimu
**buktikan si dia masih dihatimu dengan menyimpan hadiah pemberiannya.

19 October 2009

Kerna Terlalu Rindu

Tahulah kamu terlalu rindu, tapi janganlah bertindak gila, hingga orang yang anda rindukan itu berasa tidak selesa. Fikirkanlah juga situasi yang sedang dilaluinya. Dia mungkin dalam keadaan tidak boleh menjawab panggilan anda, usahlah terus mendail dan terus mendail. Ini boleh membuatkan dia tension. Janganlah terus menghantar SMS demi SMS yang menggambarkan kerinduan itu, itu amat mengganggu. Silapnya apabila kita terlalu rindu tidak pernah fikirkan bagaimana keadaan orang yang sedang dirindukan itu. Kita meletakkan dirinya sama seperti diri kita. Kita sangka dia juga merindukan kita. Jika dia seorang yang cemerlang kadang-kadang dia sibuk dengan kerjaya atau sibuk dengan pelajaran. Kita kena beri kesempatan kepadanya untuk ‘tarik nafas’. Panggilan yang bertalu-talu akan mengundang rasa benci. Rindu itu asam garamnya percintaan. Ia perencah pada masakan yang bernama cinta. Tanpa rindu cinta memang tidak bermakna, tapi batasilah rindu anda sebab krinduan yang terlampau akan membuahkan tindakan bodoh.

Tatkala anda teramat-amat rindu anda gagal berfikir dengan rasional maka kawallah rindu anda jangan sampai teramat-amat rindu. Bukan tidak boleh tetapi batasi perasaan sebegini tatkala ia melanda. Bayangkan orang dahulukala terpaksa berpisah bertahun-tahun lamanya tanpa khabar berita. Tiada sebarang alat yang boleh menyampaikan perasaan mereka tatkala berjauhan. Kemudahan yang ada pada zaman sekarang membuatkan kita semakin mengada-ngada. Sikit-sikit nak telefon, sikit-sikit nak hantar SMS. Bila kita telefon kita mula berprasangka apabila orang yang dihubungi tidak menyambut.kita juga akan memikirkan bermacam-macam perkara apabila SMS tidak berjawab selama beberapa jam. Begitu kita mahu dilayani . kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala orang tidak mengangkat panggilan anda, ketahuilah hambatan-hambatan waktu yang dialaminya. Ketika dia tidak segera membalas SMS anda, fahamilah terkadang dia memang tiada waktu.

Tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut atau dia tidak pernah cuba berhubung dengan anda sehingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya. Tatkala SMS anda atau SMS dari dia tidak pernah kunjung tiba serta langsung tidak berbalas berbulan-bulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dalam hatinya. Ingat, terus berhubung bermakna anda seperti tidak faham bahasa sepi. Mahalkanlah rasa cinta dan rindu anda itu. Tatkala rasanya orang sudah tidak memerlukan kita, usah ditagih perhatiannya lagi.katakan selamat tinggal, aku membawa diri. Jika engkau jujur akan perhubungan ini, tibalah masanya engkau pula mencariku.

Cinta akan berharga apabila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan. Anda terlalu rindu dan terlalu menghubunginya, ia merendahkan harga cinta anda

Makna Tersirat Di Sebalik Kata-Kata Seorang Wanita

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

17 October 2009

Jez 4 sumone i care and i love....

bagaimana aku hendak mulakan...aku menjadi tidak tentu hala...mungkin aku buat satu kesilapan dalam persahabatan kami...niat aku hanya untuk memberi nasihat tapi kenapa jadi seperti ini...aku rindu akan perbuatan dia...aku rindu dengan gelak ketawa dia...dengan erti kata lain,aku rindu dia sangat-sangat...aku tahu dan aku mengerti dia dalam kesedihan....aku ingin merasa kesedihan itu bersama dia...aku tahu dia kuat menghadapi semua itu tapi aku yakin dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan itu...aku tahu bukan mudah untuk dia dan keluarga menerima kenyataan tetapi itulah takdir Tuhan yang harus dia dan keluarga terima...semua yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian...tetapi aku nak dia tahu yang aku benar-benar risau akan keadaan dia...sebolehnya aku mahu bercakap dengan dia...tetapi dia tetap menjauhkan diri dia dari aku...setiap panggilan aku dibiarkan sepi begitu juga dengan pesanan ringkas yang aku kirimkan hanya di pandang kosong....disini aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya setiap tingkah laku dan perbuatan aku selama ini menjengkelkan dia...begitu juga dengan kata-kata yang keluar dari mulut ini....percayalah sahabat...aku amat merindukan kenangan kita....sekiranya kau memerlukan aku,aku sentiasa ada untuk mu...sekiranya kau memerlukan teman untuk menangis,aku pinjamkan bahu ku untuk kau melepaskan segala kekusutan...ingatlah kawan...aku menyayangi kau seperti aku menyayangi keluarga ku sendiri....

14 October 2009

renung dan fikirkan....

untuk apa kita tunduk dengan cinta sedangkan apa yang kita lakukan demi cinta selama ini langsung tidak dipandang dan dihargai...kini kita kehilangan cinta yang kita sandarkan harapan dan impian...untuk apa segala kesabaran kita selama ini..??melayan segala kerenahmu dan cuba memahami setiap masalahmu..??hanya untuk menguji atau untuk mempersendakan semata-mata..??cinta dan sayang kita bukannya mainan atau gurauan...selama ini amat menganggumi dan menyanjungi dirimu...kita letakkan diri dan namamu tempat teratas dihati kita...kita jadikan dirimu sebahagiaan dari hidup kita...kita tanamkan sepenuh kepercayaan pada dirimu...tapi apa yang kita dapat...???kita rela tolak sebarang cinta yang bertandang demi sayang kita padamu...walaupun diri ada persaing dalam merebut hati ini, namun kita tetap yakinkan hati yang cinta ini hanya milikmu seorang...kini segala harapan dan impian hancur berderai sama seperti kaca yang terhempas ke batu...adakah dirimu kembali pada kita..?? PASTI TIDAK BUKAN !!! kerana diri ini bukannya kau sayang dengan sepenuh hati...kita tidak akan merayu padamu,sama ada fantasi atau realiti untuk kau kembali pada kita...biarlah ia menjadi kisah cinta dongeng yang sering kali kita dengar dan lihat...tetapi tidak seperti cinderella yang pada mulanya terlalu banyak rintangan tetapi akhirnya bahagia untuk selamanya...kita akan belajar melupakanmu walaupun kita sedar ia tidak mudah disangka...

10 Perkara yang lelaki SUKA

Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya.

Tak mudah naik angin!

Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya.

Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira.

Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat.

Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut!

Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal.

Tak terlalu seksi dalam berpakaian.

Pandai memasak.

10 Perkara yang lelaki TAK SUKA

Wanita yang suka mengumpat!

Wanita yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.

Wanita yang hisap rokok.

Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki! (Betul ni...)

Wanita yang hipokrit.

Wanita yang tak pandai mengemas.

Wanita yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.

Wanita yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.

Wanita yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpe...)

Wanita yang kuat berleter walau hal remeh temeh!