30 December 2010

Kekasihku Di Menara - Ukays



someone penah bagi lagu ney kat aku...hahaha....lawak...padahal dia yang berubah....bodow....now dia yang melopong sebab termakan kata sendiri....weeeeeee !!!!

27 November 2010

SURY bakal menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak (aku maen teka je)
hahaha....
gelak sowang-sowang aku tgk
PERANGAI BUDAK-BUDAK TAK CUKUP UMUR
bodoh sial
haishhhhh
xpew la
asal mereka bahagia
kebahagiaan mereka dalam doa ku
:)

26 November 2010

M.A.L.A.S update blog

T.A.P.I

adew yang menarik pada dec ini...

hahahahaha....

20 November 2010

menangis lagi :'(
mungkin kali ini aku nekad...apa yang berlaku 4 tahun dulu akan berulang kembali...aku akan pergi tanpa sebarang kata-kata...mungkin juga kehilangan aku pada kali ini tiada kembali...tiada kata putus untuk yang tersayang...tiada salam rindu untuk yang dirindui...seandainya aku hilang secara tiba-tiba dari pandangan,hanya doa yang aku pohon...usah di cari...usah di fikir...aku pergi kerana ingin pergi dari kekalutan...sepanjang aku disini,pelbagai perkara yang berlaku...so keputusan untuk aku pergi adalah sesuai dengan keadaan sekarang...

19 November 2010

ingin aku tangisi tetapi tidak berguna...aku hanya mampu berdiam untuk kebaikan...aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk menghukum siapa-siapa...hanya airmata saja yang mampu aku alirkan...perasaan yang setahun dulu kembali semula untuk menguasai hidupku...aku berhenti !

15 November 2010

Suatu Hari Nanti

tersentuh hatiku
bila terfikirkan kamu
kau akan bersandar padaku
saat kau lelah

ingatkah dirimu
pada waktu waktu dulu
aku akan menyambutmu
disaat kau jatuh

akulah aku
yang slalu membuat kau tersenyum
walaupun sering ku terluka
tapi tak mengapa

akulah aku
kan slalu hadir untukmu
moga nanti suatu hari
kau akan sedari

14 November 2010

Daddy Graduation :)








♥♥♥ congratulations to my daddy Wilson Sanabong
kerana berjaya grad dalam LEADER CERTIFICATE IN CHRISTIAN STUDIES ♥♥♥

24 October 2010

Feeling Feeling cuci-cuci PINGGAN MANGKUK

agak aneh dan pelik tajuk post aku kaly ney....tgh basuh pinggan pun ley feeling-feeling kan...pelik benar jew....entah apa yang aku pikir kan...selama aku duduk di shah alam seorang diri without family,semua benda aku buat sendiri...basuh pinggan,kemas rumah,cuci baju,masak,kemas itu ini...pendek kata semua kerja suri rumahtangga semua aku buat....mcm da partime da aku rasa...hehehe....da hampir 5 tahun aku mengharungi kehidupan sendiri di kota besar yang penuh dugaan dan cabaran ini...semua benda aku buat sendiri dan harung sendiri....sebelum ini aku mengaku yang aku begitu bergantung dengan keluarga ku...semua aku letakkan pada bahu mereka....sehinggakan masak pun aku xreti apatah lagy nux kemas rumah semua....adew hikmah juga la aku hidup berdikari kat sini...walaupun selama 5 tahun aku kat negeri orang,aku tetap adew teman yang sanggup bersama ku...salah seorang nyew ialah Charming laaa....yang laen tuh biar aku dan orang tuh jew taw....now mummy pun da xrisau psl aku kat sini...aku da boleh berdikari sendiri...cuma yang mereka risau if aku drive sowg2...mana xrisau kalau anak pompuan dowg apa-apa kat jalan raya tuh....sapa tak sayang anak kann...hehe...pape pun tanx sgt-sgt pd mereka kerana telah memberi kepercayaan walaupun tidak sepenuhnya pada aku...love you all :)

23 October 2010

Ku Mahu Kau Tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

24 Ciri-ciri orang yang Mencintai Kamu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

22 October 2010

Kalau LELAKI dah sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

do you know that i love you ?
i probably already told you
but
i'm going to keep saying it
there are no lies in these words
not one bit.
your smile keeps me alive.
it is one more reason to keep fighting.
i would give you my soul for comfort
even if it leaves me dark and cold.
and and
when i hold you close
i can feel your heart beat fast
and i think to myself ...
i found that "someone" at last :)
sangat berminat dengan nama ALTHEA yang dalam bahasa greek bermaksud PENYEMBUH

Di Mana Kan Kucari Ganti MTV

HOBBY BARU KU

hahahaha...gelak dulu baru kuar kan idea...huhu....lately ney aku rajin masak...entah kenapa masak boleh menjadi satu hobi bagi ku...mcm seronok jew masak ney...atas dorongan dan sokongan Charming,aku beranikan diri utk masak utk diew....walaupun aku masak pakai buku,tetapi diew tetap still bantu apa yang patut...1st masakan aku AYAM MASAK LEMAK CILI API....wow...garang jew bunyi nyew kannn...owg kata bkn calang-calang org ley msk masakan ney tp aku beranikan diri utk cube resipi ney....akhirnya aku BERJAYA !!!!!!! hahahaha....lega aku Charming ley mkn dgn abes...hehehe....2nd masakan aku adalah AYAM MASAK KICAP....yg ney agak masin sedikit sbb terlebey kicap pekat kot...pape pun Charming tetap smile owez...huhu...LOVE YOU LAH CHARMING !!!

21 October 2010

Luka

setiap percintaan harus adew LUKA nyew tetapi kita xtahu bila LUKA itu terhiris...disaat bahagia kita boleh terLUKA....disaat mengecap kemuncak cinta kita boleh terhiris jiwa...dasyatkan keLUKAan itu datang !!

20 October 2010



hujan lebat turun disertai guruh dan petir...begitulah perasaanku yang berkecamuk seperti kilat sambung menyambung...gundah gulana rasa jiwa mengenangkan nasib yang menimpa diri...sungguh kuat pukulan ombak yang menghempas pantai....sungguh deras air hujan membasahi bumi....begitulah la laju nya airmata ku membasahi pipi....berlegar-legar fikiran ku memikirkan yang terjadi...apa yang ingin aku kesali...ini sudah menimpa diri....hanya dorongan dan sokongan yang perlu diberi...semoga terjaga maruah diri....

Kenangan :)






♥♥♥ fuhh...berzaman aku tinggalkan zaman persekolahan aku...baru-baru ney aku terjumpa pic-pic lama tyme aku sekolah dulu...laen benor rupe aku ek....dulu kan KURUS...now da GEMOK....cane tuh....pape pun KENANGAN SANGAT MENGUSIK JIWA ♥♥♥

Cuty Semester and Mummy Birthday







♥♥♥ minggu lepas 8/10/10 aku mengambil peluang utk bersua muka dgn family yang aku rindui...plan just 3 4 ary jew...alih-alih 1 week aku kat kg halaman...ingat mumu emu nux berkonvoi dgn aku tetapi xjady...so aku balik shah alam sowg-sowg jew...lgypun 15/10/10 birthday mummy so aku kena celebrate birthday diew dulu baru gerak balik....anyway HAPPY BIRTHDAY MUMMY !! ♥♥♥

05 October 2010

Nurul Ain and Mohd Dasuki Wedding





♥♥♥ sabtu 2/10/10 sowg lagi kawan aku melangkah ke alam perkahwinan...Nurul Ain...kawan aku dari sem 2 masa DPG...until now kteowg still kwn...now diew da kawen dgn kekasih aty diew Dasuki...lama gak dowg kapel...makan tahun juga...so,tahniah aien...semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa....sayang ko yunk...muah3....hug !!! ♥♥♥

03 October 2010

Teratak Puan Husdha





♥♥♥ jumaat 1/10/10 aku dan rakan-rakan kelas RO berkesempatan melawat Teratak Puan Husdha di Puncak Perdana...aku gile skew dgn umah puan...haha...so puan dan suami (pak tam) menjamu kami dengan laksa penang,satay dan banyak lagi...anyway tanx puan !!!! sayang puan dan pak tam ♥♥♥

30 September 2010

Pergi.


sudah puas aku menunggu...kini tiba masanya aku pergi dari hidupmu...aku ibaratkan menunggu bulan jatuh ke riba...ibarat menunggu sang putera datang untuk menikahi ku tetapi penantian itu hanya sia-sia...aku begitu setia menunggumu tetapi engkau sewenang-wenangnya menduakan cinta dan kasih sayangku terhadapmu...aku bukan tunggul untuk diperlakukan sedemikian...aku manusia yang punya hati dan perasaan....aku tahu erti sakit dan perit...engkau membuat kau bencikan percintaan...dengan kebencian itu,aku berlari sejauh mana aku mampu untuk melupakan dirimu dan aku mahu mencari ketenangan...biarkan cinta kita menjadi satu kenangan.

Ditinggalkan


dihadapan pintu ku merenung jauh keluar...apa yang aku rasa aku sendiri tidak tahu...dimanakah engkau wahai kekasih....mengapa engkau tidak hadir di hari persandingan kita...tergamak engkau perlakukan aku sedemikian wahai kekasih....dimana janji manis yang engkau ungkapkan dulu...dimana kata-kata emas mu sewaktu kita mentematrikan janji-janji untuk bersama....sekarang,engkau meninggalkan aku tanpa sebarang pesan...engkau hilang seperti ditelan ombak besar....gaun yang aku sarungkan sungguh cantik tetapi apakan daya jiwa aku tidak secantik gaun itu...bunga pegangan ku sungguh mekar tetapi sayang,hati ku tidak semekar yang engkau sangkakan...bermacam-macam kata-kata yang aku dengari...sehinggakan tiada titisan airmata untuk aku alirkan...mengapa aku diperlakukan begitu...sehingga aku rebah tidak sedarkan diri.

29 September 2010

Hilang !!!!!!!!

malas nux cite panjang coz akan buat aku sebak...

I NEED YOU BACK !!!

05 September 2010

Love you PUAN HUSDHA ANTIKA ADNAN


wow...xtaw kenapa aku terdetik nux post kan pic ney...myb sbb hubungan kami dlm cluz agak lebih-lebih lagi dapat lecturer yang baek budi pekerti....lecturer pun boleh tahan lawak diew...diew xpenah serius walaupun dalam keadaan marah...byk-byk lecturer,lecturer ney yg aku gemar sekaly...walaupun masa kami dgn diew xbyk...and jarang jupe sbb diew kerap cancel cluz,tapi kami student diew amat menyenangi beliau...Puan Husdha Antika Adnan merupakan lecturer kami dalam subjek Operasi Restaurant...ini potret terakhir kami bersama beliau...myb pasney kami akan jupe diew dalam subjek yang laen....hope so...Love you Teacher !!

30 August 2010

Bayi dibuang-buang macam sampah !!

sedih sungguh melihat kekejaman manusia pada zaman sekarang...kite xpyh cite psl negara owg...kite cite psl negara kite sendiri....kes buang bayi semakin menular kesetiap negeri....terbaru....semalam (29 ogos 2010) bertempat di apartment brunfields shah alam sec 13 berdekatan dgn MSU...adew penemuan bayi di dalam beg plastik itam...sewaktu aku dan boyfriend hendak ke bazaar,kami ternampak kekecohan betul-betul tepi jalan sebelah apartment tersebut....kami ingatkan accident tetapi....setelah traffic light bertukar hijau....dgn perasaan yg xsabar,aku menoleh melihat plastik itam dan otak aku lantas berfikir yang dalam plastik itam itu adalah BAYI !!!! DAMNNNNNNN....then boyfriend say,sok kite tgk jew la dlm paper kes buang bayi ney....so pg2 lagi aku baca metro online aku nampak kes ini merupakan berita utama paper itu....xphm la aku dgn segenap manusia yg xberhati perut....yang xdew otak ney berfikir...kalau xnux anak,jgn MAEN.....kalau xnux anak,jgn PANCUT DALAM....pkai la KONDOM....xmhl punnn...huh !!!


anak oh anak
engkau sepatutnya di sayang sayang
bukan di buang buang

anak oh anak
engkau sepatutnya dibesar
bukan dimatikan

anak oh anak
engkau sepatutnya bernafas dgn senang
bukan disesakan dgn mudah

anak oh anak
engkau sepatutnya berada dipelukan ibu
bukan berada dipelukan surat khabar atau plastik

anak oh anak
engkau sepatutnya tahu siapa ibu bapamu
bukan mencari asal usulmu

anak oh anak........

29 August 2010

Ice Skating




Semalam 28 ogos 2010 aku kuar hang out dgn kwn lama aku kat sunway...plan nux g KLCC...memandangkan jauh dan puasa,kami amek keputusan untuk pergi kew sunway jew utk bermain ice skating...1st tyme beb maen benda alah tuh....mula-mula mmg ssh tetapi bila da lama....mmg xnux berhenti....kaki pun skt doe....diew bwk kwn diew dr JB...nama diew Lily....smua kepala masuk air....membe aku farrah ney keje kat JB...da lama da d0k sna...if aku g JB pun,aku akan dtg jupe diew kat sana...kiteowg pun da mcm adek beradek....masalah pun kami kongsin bersama even kami jauh tapi kami tetap keep in calling....mama diew pun ngam ngn aku....so aku harap persahabatan kami sampai bila-bila....Love you Maynoor Farrah :)

28 August 2010

Bertambah rumit !!!

arghhh...kusut otak aku...aduhhh....ingat bgtaw mummy,benda jadi pendek...rupe-rupe nyew jadi panjang lebar plak....haisss....sian sepupu aku....tuh la...sape suh bt salah kann....tuh la xpk panjang....skrg kan da ssh...mmg pedang samurai la menanti di depan pintu rumah....mcm xtaw plak daddy diew mcm mane kann....lgy mau cabar itu singa....haiyaaa.....tp sepupu aku nekad nux kawen dgn ben tuh....opsss lpew...nama lelaki bertuah tuh BEN....bkn BEN10....kweng3.....ben ney owg sabah...melayu bugis xsilap aku la....aku penah jupe ben ney sekaly....tuh pun xbertego...just senyum-senyum jew....ok la ben tuh....tp xtaw la apew special ben ney....tp apew yang aku taw pasal org melayu bugis dari sabah ney....dowg ney agak bahaya....jenis bahaya tuh la yang kite xtaw tuh...aduhhh....aku xmo la jdy pape kat sepupu aku...aku syg diew....alaaaaaa....now family aku sudah masuk dalam ini cerita....ini gara-gara aku yang sudah buntu utk meminta pertolongan....alih-alih aku yang kena tempias dgn mummy...di bebel nyew panjang-panjang aku kat dalam phone....bingit taw telinga neyyy....ptt la akak aku suh diam jew....hmmmm.....nux mntk pendapat kat charming,mmg xdew laaa....dlm otak diew asyik poker poker poker dan poker.....mmg xakan amek port langsung psl family aku.....geram pun adew tp ntah laaa....sabar jew la jawab nyew.....now mummy aku suh aku tarik sepupu aku datang shah alam......aduhhhh....mcm mane aku nux tarik diew....diew bukan nyew pukat tarik pun.....lgypun aku lebih mude dr diew.....xkan lah diew nux dgr ckp aku.....adehhhh poning la pale den ney hah !

27 August 2010

Buka pintu hatinya

finally aku dapat jugak bercakap dengan sepupu aku...aduhhh...berat sungguh beban yang diew dan keluarga diew tanggung...aku pun xpasti sape yang salah...masing2 menyalahkan satu sama laen...mungkin sepupu aku menganggap dirinya sudah cukup dewasa untuk mengenali cinta....tapi pada aku...aku tidak mahu diew menyesal di kemudian hari....usah dipertikaikan masa lalu org tua mu....biarkan itu menjadi sejarah....mungkin mereka ingin yang terbaek untuk mu....mungkin mereka adew silap tetapi mereka tidak mahuu kamu mengulangi kesilapan itu lagi...aku simpati dengan kedua-dua belah pihak....mungkin pilihan sepupu aku adalah terbaek di depan mata diew...pada aku jugak....pilihan sepupu aku not bad sgt....myb status duda itu yang membuatkan family uncle aku xdapat terima...ahhh payah la mcm ney....aku plak yang risau....aku xmahu apa yang jadi pada keluarga aku dulu jadi pada keluarga sepupu aku....cukuplah kami sekeluarga malu dengan perbuatan salah seorang dari kami....aku xingin pisang berbuah dua kali...dah ramai da boleh dijadikan contoh...buka la mata wahai sepupu ku....jangan biarkan ibu dan ayahmu menderita...jangan engkau bazirkan airmata mereka untuk menangis kerna perbuatan mu yang xbermoral itu....pulanglah wahai sepupu ku...mereka sedia menerima mu semula....air yang dicincang xakan putus sis :(

24 August 2010

Bad News !!

aduhhh...masalah datang menimpa...kenapa la sepupu aku xpikir panjang...ishhh...semlm kakak aku msj....diew cakap kwn diew yang d0k kat labuan msj diew ckp sepupu aku lari dari umah ikut jantan....shit !!!! nape singkat la otak diew tuhhh...da 2 week diew lari dgn duda anak satu tuh...aku da dpt bayangkan reaksi mummy daddy sepupu aku...mmg pedang depan rumah kalau sepupu aku balik....hal ney plak mummy daddy aku xtaw langsung....kakak aku siap amaran lagy supaya jgn ckp dgn mummy daddy....sbb kakak aku takut aku akan kena tempias sekali...ishhh mcm2 la...sepupu aku ney pun ng0k....cari la owg laen yg semegah cket...ni duda anak sowg dan plak tuh xdew keje...keje plak nux mabuk jew...ehh xphm aku dgn sepupu aku ney...apew yang harus aku buat....kami rapat tapi kami jauh...aku taw diew dlm delima antara cinta dan keluarga...if diew pilih cinta,diew hilang keluarga...if diew pilih keluarga,diew akan merana kerna cinta...aduhhh...fening pale den...apo nux jady dgn family aku neyy...bkn sowg jew bt perangai...ney da mas0k 3 or 4 owg da bt perangai mcm ney.....mcm2 hal laaaa....skrg apew mau buat...nux g sna...aku plak nux exam...if aku g sna kompom mummy daddy diew halang aku bawak sepupu aku balik ke rumah...mcm xtaw perangai uncle aku...garang mcm singa...aduhhhh kusut-kusut....apew aku nux buat ney !!!!!!

23 August 2010

jam tepat pukul 2.30 pagi...mata ku masih belum mahu tidur...apa yang menganggu fikiranku...apew yang bermain di benak ku....apew yang otak aku pikirkan...arghhh...hati aku seolah-olah tidak tenteram....jiwa aku bercelaru....naluri aku tidak stabil...apew yang menganggu wahai hati...tunjukkanlah apew yang merunsingkan jiwa...pamerkan apew yang sedang bermain di minda ku ini...perasaan ini menganggu emosi ku...celaru...bingung...bersepah perasaan yang adew...sungguh payah aku nak mengemas perasaan yang bertaburan ini...stabil lah wahai hati...berikanlah aku kesempatan untuk menyapu perasaan yang bersepah ini.....supaya ia tersusun semula seperti sediakala....

22 August 2010

jeng3..

hmmm...angka itu mengingatkan aku pada seseorang...haha...tyme aku capture diz pic...aku tersenyum sendiri...haha...smpai mummy pun tego...kuang3...siap mummy ckp "ingat kat vitagen kew ??" hehehehehe....u r very pandailah mummy !

Birthday Rachel Dia and Nathaniel Indam

Happy birthday to my beloved monyet Rachel and Nathaniel...kalian adalah pelengkap hidup aku...tanpa kalian sunyi lah dunia ku...kalian merupakan permata yang tidak ternilai...kalian juga anugerah yang di titipkan kepada mummy daddy kalian....semoga kalian menjadi insan yang berguna dan semoga kalian tidak melupakan jasa org tua kalian...aunty sayang kamu !!

cake yang di hadiahkan dr mummy daddy kalian untuk kalian :)


cupcakes ini hadiah dari aunty untuk kalian...jauh aunty bawa untuk kalian...tanx to kak helly c0z sudi siapkan cupckaes yang secantik ini...

15 August 2010

Shahrizwan Shahruddin dalam kenangan


khamis lepas aku baru saja kehilangan kawan yang bernama Shahrizwan Shahruddin...beliau kembali ke rahmatullah jam 12 tengahari setelah sebulan terlantar koma di hospital...punce kematian aku belum dpt kesahihan cerita...kami kenal antara satu sama lain pada 2006...masing-masing masih belajar di peringkat sijil...kami juga berjaya melangkah ke diploma utk teruskan kejayaan....lepas itu...kami berdua terputus hubungan di sebabkan arwah bekerja dgn ayah beliau...arwah seorang yang baik sgt-sgt....xpnh marah...xpnh tinggikan suara...mudah senyum...topi dikepala xpenah lekang dgn beliau...byk kenangan diukir bersama....kenangan tari menari....arghhh...aku doakan arwah ditempatkan dgn orang beriman...AL-FATIHAH

10 August 2010

lepaskanlah ikatanmu dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja
TANGISAN

menjadi

DENDAM

09 August 2010

Dari pandangan kasar

tetiba aku tertarik nux bt cite psl seorg bdk kat kolej aku...nama biarlah aku rahsiakan...myb xrmai owg kenal diew...aku pun xpasti adew kew owg kenal diew...myb adew kot kannn....aku kenal bdk ney pada 2 sem lepas xsilap laaa....aku satu class dgn bdk ney....dgn aku mmg la diew xbercakap...tp dgn kwn diew aku agak mesra gak laaa...mmg jujur aku ckp yang bdk ney mmg sombong dan xreti nux senyum...mmg ssh dan agak ssh nux tgk diew senyum....muke diew akan sentiasa masam mcm adew masalah negara yang diew hadap....dlm class mmg haram la nux dgr suara diew kann...aku ingat dalam class diew pendiam...tp kat luar pun diew agak moody...xkan ary2 period...gile hapee....dalam FB gak status diew sentiasa mode sedih dan berdukacita....aku pun xphm dgn bdk ney...xtaw hape masalah sebenar diew....dr blog yang pernah aku baca....diew sudah lama kehilangan ayahande tersayang...myb hidup diew agak moody...itu hanya tekaan aku saja....diew pernah xberpuas aty dgn aku....aku pun xtaw kenapa...myb sebab sowg jantan ney kot...biar saja aku label kan dak laki tuh Z....aku dgn Z tuh kwn biase jew...so komen pun ala-ala kadar jew....xdew la nux syg bagaikan....tp diew anggap aku melebey...soie la beb....aku da adew balak da punn...setakat Z tuh....hensem lagy si boyfriend aku....mmg aku akui Z tuh agak kacak tp xsemestinya aku terpikat....sedap mata memandang boleh la kann...berbalik pd cite bdk tuh....kerap gak la aku jupe diew kat kedai makan dgn kwn2 diew...diew tetap dgn imej moody diew...kwn2 diew gelak sakan tp diew muke tetap mencuke.....xphm la aku bdk ney....myb adew benda yang menganggu fikiran diew yang aku xnmpak....ini cuma dari pandangan mata kasar aku jew...soie la kalau aku salah tafsir :)

27 July 2010

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya



Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya



Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya



Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia



Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu




Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari



Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian



Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..



Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan



Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa



Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Daddy please buy for me :(




perghhhhh....benda baru yang aku idamkan...bila agaknya aku dapat iyew...ishhh...daddy..please buy for me...kepingin banget :P

Mu dan Ku

makin pantas makin laju

otak ingin ligat memikirkan sesuatu

apakah yang menganggu

kotak fikiran ku

sekiranya ada kesalahan ku

yang aku tak tahu

maafkan aku

ampunkan aku

dengan setiap kata-kata dari ku

aku berjanji pada mu

tiada pengulangan dalam perbuatan ku

usahlah engkau menghukum ku

aku akui kesilapan ku

tak usah engkau diam membisu

kerana ku buntu

terimalah kemaafan dari ku

kerna kau adalah segalanya bagi ku

Harapan

berjalan aku sendirian
di tengah malam yang dingin
di tengah kota yang masih terang lampunya
aku melihat anak-anak adam dan hawa masih berpeleseran
heran sungguh
jam sebegini masih belum pulang ke pangkuan keluarga
terkinja-kinja tanpa arah
terlompat-lompat tanpa papan loncat
ditemani oleh gadis-gadis yang tidak kurang hebatnya
baju hanya menutup apa yang sepatutnya
seluar hanya boleh dilihat kesamaran kulit
mengapa usia semuda itu dipersiakan
apakah yang ada dalam benak fikiran mereka
menangis hati ini melihat kelakuan mereka
hmmm....kita hanya mampu memandang
memandang dengan penuh harapan

Hanya Kosong

berdiri aku seorang diri
di tepi jendela yang sepi
merenung keluar
tetapi renungan itu hanya kosong
tiada memberi sebarang makna
tetapi hati ku dihimpit kesayuan
aku menjai emosi
aku sendiri tidak tahu mengapa
lumpuh minda ku memikirkannya
apakah erti kesayuan dalam hati ini
mana datangnya kesayuan ini
ataukah aku yang tidak nampak akan kesayuan dalam hati
aku terus merenung dan renung dengan pandangan kosong

26 July 2010

betul kew mimpi hanya mainan tidur
argghh...sungguh menganggu fikiran
dengan malam yang dingin
mata ku benar-benar layu
kesejukan membuat aku sembunyi dibawah selimut
tetiba aku berada di alam mimpi
dia seolah-olah benar-benar wujud di depan ku
berbicara dengan ku
bergelak ketawa dengan ku
riang sungguh hati bila di muncul
tetapi secara tiba-tiba
dia mengatakan dia menjadi seorang pengemis
aku benar-benar bingung dengan persoalan itu
pengemis apa ??
jalanan...cinta...atau pengemis yang miskin ??
aduhhhhhh
minda aku lumpuh memikirkannya
terjaga aku dari mimpi
aku renung jauh ke dalam awan
mencari kepastian mimpi itu
adakah dia dalam kesusahan
adakah dia butuhkan pertolongan
adakah dia dalam kesulitan
argghhhh....lumpuh minda aku

25 July 2010



ok...mesti owg xtaw sapew diew ney...ney Khalidah bt Johari...diew merupakan kwn aku dr sek rendah hingga sek menengah...secara jujur aku ckp yang kami masih lagy bergaduh...atas sebab aku pun xpasti...myb slh aku or entah....tapi xpew...aku tetap doakan diew bahagia dgn pilihan hati diew...aku yakin diew bijak memilih pasangan yang boleh memberikan kebahagiaan dlm hidup diew...aku ucapakan SELAMAT BERTUNANG dan semoga tabah mengharungi dugaan dlm alam pertunangan...aku dr jauh akan mendoakan kebahagiaan kalian...sayang kau :(

24 July 2010

Geram !!

aku geram sgt nye dgn Double A...sengal...if busy ckp la jgn la suh owg tggu² diew...sengal sgt....if xnux jupe aku pun,jupe la owg yg adew mslh tuh...owg tuh perlukan nasihat ko...bkn nux jodohkan ko dgn aku da..aku pun da xhingin kat ko pun...ishh...bengang betul laaa...diew xtaw yang owg tuh adew mslh besar...yang perlukan nasihat dan sokongan...xgune owg hormat ko if perangai ko mcm tuh....if owg tuh xckp psl ko pg td aku pun lupe...aku sedey sgt dgn sikap endah xendah ko tentang owg tuh...owg tuh da hormat ko mcm abg sendiri....ko xnampak ke semua tuh...arghhhhh geram !!! menyesal sgt suh owg tuh msj ko suh mntk nasihat...if aku taw perangai ko mcm tuh mmg aku xbgy owg tuh msj ko mntk nasihat...pada owg tuh....aku mntk maaf...myb sebab aku diew lupe janji...myb diew xnux jupe aku kot dat y diew diam jew...nnty aku cari jalan laen utk bantu ko selesaikan masalah ko...aku sentiasa ada bila ko perlukan nasihat,bantuan,sokongan dan dorongan...aku sayang kau :)

19 July 2010

love creates illusion

but true love make it happen

with pleasure and joy

nothing in between.

14 July 2010

Me n Sury Tyra




bkn maen ssh nux capture pic sury and tyra ney...ney baru bley nux amek pic dowg....nakal yang amat sgt...tp aku tayunk dowg sgt2...muah3....!

Go Green Rompin :)












9,10 dan 11 july...aku dan dak cluz tour operation g trip kew rompin...trip tuh kiteowg yg buat...so kiteowg invite lec iaitu Puan Nora dan Chef Nazri...trip ney merupakan assignment....akhirnya berjaya gak trip ney...walaupun mcm-mcm yang jady...tp sabo jew la....