Bukan senang nak menjadi senang. Bermula dengan pelbagai halangan dan rintangan untuk sampai ketahap kesenangan. Begitu juga dengan kehidupan seorang pekerja dalam agensi pelancongan. Pelbagai ragam yang datang menghadap. Bukan 1 2 yang datang. 1001 macam ragam yang tiba dan 1001 macam juga jenis perangai yang kena layan. Tahap kesabaran seorang agensi pelancongan perlu 200% lebih dari yang lain. Hati, jiwa dan perasaan pelanggan perlu diutamakan. Hati pekerja perlu dibekukan supaya tidak tersinggung. Bukan setakat melayan karenah pelanggan tetapi melayan karenah pekerja-pekerja lain. Kepenatan bekerja sebagai agensi pelancongan tidak perlu dipersoalkan. Segala event yang diadakan oleh Tourism Malaysia perlu dihadiri. Buka booth di sekitar semenanjung itu sudah semestinya. Mencari ragam manusia yang berlainan. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat untuk berjaya. Itu pilihanku. Itu kegemaranku. Aku enjoy !