bunyi yang membingitkan
bau yang tak menyenangkan
samar-samar lampu seperti lorong gelap
membuat aku takut pada Dia
orang-orang sekeliling begitu asyik dengan permainan duniawi
mereka terus leka dan leka dengan kehidupan
tidak takutkah mereka pada Dia
tidak malukah mereka pada Dia
sungguh besar dugaan dan cobaan Dia hadapi
mungkin musuh tergelak terbahak-bahak
melihat Dia tewas
aku tertunduk malu
terfikir apa yang akan berlaku
sekiranya musuh menang
Dia pasti akan kalah untuk membimbing ke arah yang benar
kerana mereka tidak mendengar bisikan Dia
atau mungkin bisikan musuh lebih kuat dari Dia
ahh...
aku tahu yang Dia tidak pernah mengenal erti putus asa
Dia pasti akan bangkit mencari kemenangan
kemenangan untuk mereka semua