bukan wang berjuta yang aku minta
bukan kemewahan yang aku inginkan
bukan rupa paras yang aku idamkan
tetapi
cukuplah sekadar ketulusan yang aku harapkan
hanya itu yang memadai untuk aku sebagai seorang kekasih
terima kasih wahai kasih
kerana memberi ruang untuk aku menyintai dan menyayangi dirimu sepenuhnya
dan terima kasih juga aku ucapkan kerana sudi menerima aku seadanya
seandainya jodoh kita berpanjangan
sematkanlah rasa cinta dan sayang ini ke dalam hati kita buat selamanya
seandainya ini bukan jodoh kita
berjanjilah wahai sayang
jangan engkau buangkan rasa cinta dan sayang itu
